Blog

Penipuan SMS

30/07/2023 17:39
Penipuan SMS Penipuan SMS ini sudah sering terjadi sama ada di WhatsApp, Instagram atau Telegram.   Bagaimanakah kes ini boleh berlaku? Kes ini berlaku akibat memerlukan duit dalam keadaan yang terdesak atau untuk mendapatkan duit yang banyak dengan mudah dan cepat.   Langkah-langkah...
>>

Rogol

Photobucket

Rogol

Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol. Bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka.

 Bagi menghindari rogol, sedikit tips pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada sentiasa:-

 
Bagaimana boleh berlaku?

  • Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi
  • Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
  • Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
  • Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.

Bagaimana mengelakkannya?

  • Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
  • Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
  • Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
  • Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesen bas dan sebagainya).
  • Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.

Apakah langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa rogol?

  • Sentiasa gunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang dekat tetapi gelap dan sunyi.
  • Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai.
  • Berpakaian dengan sempurna kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.
  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali.
  • Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi
  • Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan.
  • Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan lain atau tidur di perhentian bas.
  • Biasakan diri bersiar-siar atau berjoging dalam kumpulan.
  • Ibu bapa atau penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan pergi ke kedai untuk membeli barang berseorangan.
  • Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
  • Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.
  • Lapor kepada polis dengan segera apabila anda diganggu. 


Jika Berlaku Ancaman

  • Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
  • Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
  • Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan.  Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
  • Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
  • Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.

 

Gangsterism

Photobucket

Gangsterism di Sekolah

Faktor Pelajar Terjerumus

  • Pengaruh kawan atau rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.
  • Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri ("low self-esteem").
  • Direkrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap.

Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga.

 

Langkah Pencegahan

  • Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah:pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.
  • Orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat.
  • Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarga terlibat dalam "gangsterism" di sekolah.
  • Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis.
  • Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka.
  • Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.

Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.

Buli

Buli
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan  atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.
Siapakah yang sering membuli dan dibuli ?

Pembuli

  • Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima dan enam.
  • Bertubuh besar, tegap dan tinggi.
  • Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
  • Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
  • Kejayaan membuli pelajar junior untuk menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

Dibuli
Pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua  dan tiga serta pelajar sekolah rendah.

Kenapa mereka sering membuli

  • Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
  • Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
  • Mereka pernah menjadi mangsa buli.
  • Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
  • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah displin.
  • Akibat masalah keluarga.
  • Sekadar mahu seronok.
  • Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
  • Iri hati pada mangsa atas sebab disayangi guru atau cemerlang dalam pelajaran.

Jenis-jenis Buli

  • Buli fizikal
    • Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan.
    • Paling ganas boleh menyebabkan kematian
  • Buli mental
    • Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
    • Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah

Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli

  • Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli.
  • Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.
  • Tindakan displin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
  • Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru displin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
  • Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) sekolah.
  • Selain itu guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

Ragut

Photobucket

Ragut & Seluk Saku

Tempat di mana sering  berlaku

  • Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi
  • Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal
  • Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.

Bagaimana boleh berlaku

  • Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
  • Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
  • Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
  • Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (passenger seat)

 

 

Sibuk menjawab panggilan telefon /sms sehingga lupa keadaan sekitar.

Cara Pencegahan

  • Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
  • Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
  • Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
  • Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).
  • Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
  • Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.
  • Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
  • Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
  • Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.

 

 

 

Curi Kenderaan

Curi Kenderaan

Tempat di mana kecurian kerap berlaku

  • Tempat letak kereta awam
  • Kompleks membeli-belah
  • Di hadapan rumah, tepi jalan raya
  • Tempat letak kereta di hotel-hotel

Faktor berlaku kecurian

  • Tidak dikunci
  • Tiada kunci tambahan
  • Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
  • Meninggalkan barang berharga di motosikal

Bagaimana mencegah kecurian kereta

  • Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
  • Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
  • Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang berlampu
  • Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis
  • Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta
  • Adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting')
  • Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
  • Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)

 Bagaimana mencegah kecurian motosikal

  • Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.
  • Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
  • Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
  • Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.

Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

News

Jemputan ke Simposium dan Ekspo Kaunseling Serta Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan Kali ke-6 Tahun 2019.

07/11/2019 22:09
Ketua Guru Penasihat KPJ SMK KGV, Mr. Shangar al Singodayan telah dijemput untuk menghadiri Simposium dan Ekspo Kaunseling Serta Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan Kali ke-6 Tahun 2019. Simposium ini akan berlansung seperti yang berikut : Tarikh : 11-13 November 2019 ( Isnin - Rabu...
>>

Karnival Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Sembilan 2013

14/11/2013 23:00
Petang tadi, Karnival Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus tahun 2013 telah diadakan. Karnival ini telah diadakan di Ruang Legar Terminal One, Seremban pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.  Karnival ini merupakan anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)...
>>

Karnival Pencegahan Jenayah Peringkat negeri 2013

11/11/2013 21:17
Pada 14hb November 2013 bersamaan dengan hari Khamis, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurkan Karnival Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri.  Karnival ini akan diadakan di Ruang Legar Pusat Membeli-belah Terminal One, Bandar...
>>

Penglibatan Skuad Zero Crime dalam Kawad Hari Anugerah Ko-kurikulum SMK King George V 2013

08/09/2013 21:47
Pada 4hb September 2013, bersamaan dengan hari Rabu, Skuad Zero Crime telah menyertai kawad menyambut V.I.P sempena Hari Anugerah Ko-kurikulum SMK King George V. Aktiviti kawad ini telah disertai oleh 13 orang ahli Kelab Pencegahan Jenayah.  
>>

Program Mari Cegah Jenayah 2012

25/02/2012 10:48
Pada 16 hingga 20 haribulan Julai 2012 , Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah Menengah King George V akan mengadakan Program Minggu Mari Cegah Jenayah untuk tahun 2012. Beberapa tetamu kehormat dijangka akan hadir bersama untuk menjayakan program ini. Ahli-ahli kelab pencegahan jenayah di...
>>

Lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent

22/02/2012 18:58
Pada 28 Mac 2012,  Kelab Pencegahan Jenayah SMK King George V  akan menerima lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Convent, Melaka. Seramai 40 orang murid diiringi 4 orang guru pengiring akan datang melawat. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang sekolah ini , klik pada...
>>

Karnival Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri 2012

18/02/2012 17:06
Pada 18 Febuari 2012 (Sabtu) bertempat di Ruang Legar Terminal One Seremban. Ahli Kelab Pencegahan Jenayah SMK King George V akan terlibat dalam Karnival Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri 2012 anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Negeri Sembilan. 
>>

Program Mari Cegah Jenayah 2011

08/11/2011 22:29
Program Mari Cegah Jenayah peringkat negeri 2011 ini telah berlangsung pada 8 November 2011 di SMK King George V. Turut melibatkan diri, tiga tetamu vip iaitu.. Tuan Abdul Halim Bin Abdul Razak (PPNS) Dato' Osman Bin Haji Salleh (KPNS) Dato' Goh Siow Huat (PPJNS) serta ahli kelab...
>>

Penanda Aras SK Taman Desa, Seputeh, Kuala Lumpur.

02/11/2011 00:00
Kelab Pencegahan Jenayah SK Taman Desa, Seputeh, Kuala Lumpur akan  melawat Kelab Pencegahan Jenayah SMK King George V. Seramai 40 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring.
>>

Lawatan Ke Penjara Kajang

21/03/2011 20:23
  Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah Menengah Kebangsaan King George V akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Kajang. Lawatan berinformasi ini diusulkan agar dilaksanakan pada cuti pertengahan tahun yang akan datang.
>>
1 | 2 >>

Search site

Kelab Pencegahan Jenayah SMK King George V © 2009 All rights reserved.