Karnival Pencegahan Jenayah Peringkat negeri 2013

11/11/2013 21:17

Pada 14hb November 2013 bersamaan dengan hari Khamis, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurkan Karnival Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri. 

Karnival ini akan diadakan di Ruang Legar Pusat Membeli-belah Terminal One, Bandar Seremban, NSDK dan akan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga ke 5.00 petang. Pelbagai sekolah menengah yang mewakili daerah Negeri Sembilan akan hadir ke karnival ini.

Pihak MCPF dan PDRM akan mempamerkan tentang barangan dan info berkaitan jenayah dan cara-cara untuk mencegahnya pada hari karnival tersebut berlangsung. Bukan itu sahaja, Kelab Pencegahan Jenayah SMK King George V, Seremban juga akan membuat pameran tentang penglibatan serta pencapaian kelab ini sejak ia ditubuhkan sehingga ke aktiviti yang terbaru. 

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan pada sebelah petang oleh YDH DCP Dato' Wira Ayub Haji Yaakub, Pengarah Jabatan Pembanterasan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini. 

Tempat      :    Ruang Legar Pusat Membeli-belah Terminal One, Seremban
Tarikh       :    14 November 2013, Khamis
 Masa         :    8.00 pagi - 5.00 petang

Back

Search site

Kelab Pencegahan Jenayah SMK King George V © 2009 All rights reserved.