Karnival Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Sembilan 2013

14/11/2013 23:00

Petang tadi, Karnival Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus tahun 2013 telah diadakan. Karnival ini telah diadakan di Ruang Legar Terminal One, Seremban pada pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang. 
Karnival ini merupakan anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh YDH CP  Dato' Wira Ayub b. Haji Yaakub, Pengarah Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah PDRM. 

Kelab Pencegahan Jenayah SMK King George Kelima telah terlibat dengan aktiviti ini seperti membuat pameran, menguruskan pendaftaran peserta serta menguruskan hadiah dan sijil. Antara sekolah yang menghantar peserta ialah Sekolah Menengah ACS, Seremban dan SBP Integrasi Jempol. 

Selain itu, terdapat agensi-agensi yang membuat pameran seperti Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), Pihak Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Terdapat juga sesi ceramah dari tiga agensi iaitu PDRM, JPJ dan SPRM yang memberi ceramah tentang perkara yang boleh membawa kepada jenayah. Kuiz berkaitan ceramah juga diadakan dimana peserta yang dapat menjawab dengan betul diberi hadiah. 

Salah seorang daripada ahli Kelab Pencegahan Jenayah SMK KGV telah berjaya menjawab soalan daripada penceramah dari pihak JPJ dan telah dihadiahkan sebuah topi keledar oleh pihak JPJ.

Berikut merupakan antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di karnival tersebut.

    

 
Back

Search site

Kelab Pencegahan Jenayah SMK King George V © 2009 All rights reserved.