4. UNIT PERHUBUNGAN AWAM PENJARA SEREMBAN

 

4.1. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi talian di bawah:

 

Telefon - 06-7652500 / 06-7652501 / 06-7652502

Faks - 06-7635991

 

Sebarang cadangan/aduan/persoalan sila e-mailkan kepada:

prsrmbn@prison.gov.my

 

4.2. Pegawai yang boleh dihubungi menggunakan talian telefon di atas:

 

4.2.1. Timbalan Pengarah Penjara

TPP Hj.Zailan bin Sutin

 

4.2.2. Timbalan Penguasa Penjara

TPP Redzwan bin Saghil @ Yusof

TPP Mohd.Kolek bin Mohamad Noor

 

 

Dengar Artikel Ini

Jabatan Penjara menggalakkan lawatan-lawatan ke Institusi Penjara bagi tujuan memberi keinsafan kepada masyarakat dan menggalakkan mereka menyumbang ke arah pemulihan banduan-banduan, tertakluk kepada keadaan keselamatan dan risiko pelawat-pelawat berkaitan.

 

Kebenaran lawatan ini boleh dipertimbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan dan organisasi seperti berikut :-

a.

Badan-badan beruniform seperti Polis/Tentera;

b.

Pertubuhan-pertubuhan sukarela, badan-badan berkanun dan bukan kerajaan yang berhasrat menyumbang ke arah pemulihan Jabatan Penjara seperti pertubuhan keugamaan;

c.

Penuntut-penuntut pusat pengajian tinggi yang ada kaitan dengan Jabatan Penjara dalam bidang pengajian mereka;

d.

Pertubuhan-pertubuhan belia bertujuan memberi kesedaran kepada peserta;

e.

Permohonan lain-lain yang difikirkan wajar diberi pertimbangan.

 

 

Tatacara permohonan membuat lawatan :-

a.

Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :
Komisioner Jeneral Penjara
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bukit Wira, 43000 Kajang
SELANGOR
(u.p. : PP Abd. Rahman b. Taib / En. Za'ba) 
Tel. - 03-87328173
Fax. - 03-87399205

b.

Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh empat (4) minggu sebelum tarikh lawatan yang dicadangkan.
- (Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum - Aturcara lawatan tidak dibenarkan)
- Walau bagaimanapun penetapan tarikh tertakluk kepada kelulusan Bukit Wira.

c.

Setiap permohonan hendaklah mengemukakan butir-butir lengkap peserta.
- (Nama/No. Kad Pengenalan/ Alamat Terakhir/Umur)

d.

Bilangan peserta yang akan menyertai lawatan ini hendaklah tidak melebihi tiga puluh (30) orang

e.

Sekiranya jamuan disediakan untuk pelawat maka segala kos penyediaan ini hendaklah ditanggung oleh pelawat dan menjelaskannya sebaik sahaja tiba sebelum memulakan lawatan.
- Perbincangan boleh dibuat terlebih dahulu bagi menentukan menu dan bayaran dengan institusi penjara berkenaan

f.

Pelawat-pelawat hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan yang akan dikeluarkan bersama surat kelulusan bagi permohonan yang diluluskan

g.

Memastikan semua peserta membawa kad pengenalan semasa lawatan untuk tujuan pemeriksaan keselamatan dan berpakaian yang bersesuaian dan sopan.

 

 

  

 Seremban

Pejabat Am & Pertanyaan                                         06-765 2500

              Fax                                                          06-763 5991

Pengarah Pejabat                                                    06-762 3030

Search site

Kelab Pencegahan Jenayah SMK King George V © 2009 All rights reserved.

Free website builder Webnode